Gambar Kenangan : Sekitar Majlis Konvokesyen PMS kali ke 6 pada tahun 2011
MAJLIS KONVOKESYEN
Thursday, May 25, 2017
Friday, May 12, 2017
Thursday, May 11, 2017
Thursday, April 27, 2017
Wednesday, April 12, 2017
1,063 GRADUAN PMS TERIMA DIPLOMA
Seramai 1,063 orang graduan Politeknik Muadzam Shah (PMS) menerima diploma pada Majlis Konvokesyen Ke-10 PMS di politeknik itu. Mereka terdiri daripada lulusan Jabatan Perdagangan (JP), Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV) dan lulusan dari Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH).
Majlis Konvokesyen tersebut dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Perancangan Politeknik, Jabatan Pendidikan Politeknik, Dr. Naimah Md. Khalil.
Yang turut hadir Pengarah PMS, Wan Muhammad Afifi Wan Abdullah, Timbalan Pengarah Akademik PMS, Tn Hj Nor Rahim Muhayat dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Khuzaimah Baharuddin.
Wan Muhammad Afifi berkata, majlis konvokesyen ke-10 itu bertemakan Memacu Kecemerlangan yang membawa maksud melaksanakan program berteraskan kecemerlangan dalam menempuh cabaran masa kini bagi melahirkan modal insan holistik yang memenuhi keperluan industri global.
"Bagi menjamin kualiti pendidikan yang disampaikan PMS seiring dengan standard kualiti dan kreteria yang ditetapkan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), sembilan program yang ditawarkan telah mendapat akreditasi penuh pada 2012 dan 2013," katanya disini.
Wan Muhammad Afifi berkata, sepanjang tahun lalu, PMS memperolehi kejayaan yang membanggakan dalam akademik yang mana peratus kelulusan penuntutnya adalah 99.12 peratus pada Sesi Disember 2014 dan Sesi Jun 2015.
Beliau berkata, faktor penyumbang kejayaan itu adalah sokongan semua warga PMS terutama pihak pengurusan, pensyarah, staf pelaksana serta kemudahan prasarana yang membolehkan penuntut belajar dalam suasana kondusif.
Sementara itu, Dr. Naimah berkata, Politeknik menyumbang antara 30,000 hingga 40,000 lulusan setiap tahun atau 200,000 lulusan sehingga 2020. Sehubungan itu, beliau menyeru semua warga politeknik meningkatkan usaha bagi memastikan kerjasama dalam usaha sama dengan pihak industri dilaksanakan secara produktif untuk mencapai hasrat wawasan 2020.
"Selain daripada ruang pembelajaran secara fizikal, Jabatan Pendidikan Politeknik juga merancang menambah akses ke politeknik melalui peningkatan keupayaan sistem e-Pembelajaran Politeknik," katanya.
Beliau berkata, Jabatan Pendidikan Politeknik melakukan transformasi sistem pendidikan di politeknik di seluruh negara dengan matlamat utamanya untuk menjadikan pendidikan berkualiti sebagai landasan melahirkan modal insan yang kreatif, inovatif dan berkemahiran tinggi.
"Saya percaya graduan yang menamatkan pengajian di PMS hari ini telah merasai transformasi politeknik secara menyeluruh. Diharapkan segala ilmu yang ditimba di PMS ini akan dimanfaatkan oleh siswazah semasa di alam pekerjaan atau menyambung pengajian diperingkat yang lebih tinggi," katanya.
Utusan Malaysia - 24 Julai
Monday, April 10, 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)